BINTULU, 4 Nov: Keterujaan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Kecil (DUN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak hari ini, Chrystal Janita Christopher, 19, nekad pulang ke kampung halamanannya di sini bagi merasai pengalaman itu.
Menurut pelajar dari I-Systems College dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkata prosesnya membuang undi berjalan dengan lancar pagi tadi.
“Ini adalah kali pertama saya mengundi dan berterima kasih kepada petugas SPR kerana membimbing dan mengajar saya cara-cara mengundi tadi.
“Saya turun mengundi di sini kerana seruan dan kuasa yang diberikan kepada saya untuk memilih wakil rakyat baharu di kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di SK Bintulu di sini hari ini.
Untuk rekod, seramai 6,567 pengundi dalam golongan belia layak mengundi pada PRK DUN Jepak. – TVS