JEPAK, 4 Nov: Hari mengundi jatuh pada pada hari bekerja tidak mematahkan semangat golongan belia di sini keluarĀ menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, hari ini.
Menurut Nor Hidayah Ramli, 23, dirinya tekad untuk mengambil cuti pada hari ini kerana tidak mahu terlepas detik penting bagi penduduk Jepak menentukan siapa yang bakal diangkat sebagai wakil rakyat yang baharu.
āSebenarnya hari ini sepatutnya saya bekerja, tetapi saya ambil cuti untuk turun mengundi sebab hari ini penting untuk Jepak.
āMajikan saya pun galakkan saya untuk turun mengundi dan tidak bekerja pada hari ini kerana dia tidak mahu saya tergesa-gesa. Majikan memang memahami dan beri sokongan kepada saya untuk menunaikan tanggungjawab pada hari ini,ā katanya ketika ditemui TVS di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak, di sini, hari ini.
Pusat pengundian itu merekodkan seramai 5,446 pengundi yang layak mengundi dengan ia merupakan jumlah terbesar berbanding pusat pengundian yang lain.
Sementara itu, bagi seorang lagi pengundi belia, Nur Nasuha Meruni, 23, pula bersemangat untuk keluar awal pagi tadi untukĀ membuang undi awal kerana tidak mahu bersesak-sesak di saat akhir.
āSaya turun awal pagi ini sebab nak elak kesesakan, kalau boleh tidak mahu beratur panjang. Hari ini teruja untuk mengundi kerana kita akan tahu siapa wakil rakyat baharu,ā katanya.
PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing. -TVS