Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan kemudahan dua van bagi membawa pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Jepak menaiki bukit untuk mengundi di SMK Baru, Bintulu. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: SPR sediakan dua van, mudahkan warga emas buang undi

ByMuqri Aziz

BINTULU, 4 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan kemudahan dua van untuk membawa pengundi terutamanya warga emas untuk ke pusat mengundi.

Penyelia Pusat Mengundi SMK Baru, Bintulu, Mohammad Faizul berkata kemudahan itu bertujuan untuk memudahkan perjalanan pengundi dalam kalangan warga emas menunaikan tanggungjawab mereka berikutan struktur pusat mengundi di sekolah di sini adalah berbukit.

“Bagi pihak SPR, kami telah menyediakan dua buah van untuk memudahkan pengundi turun dan naik semasa mengundi berikutan sekolah ini berbukit.

“Sudah tentu golongan warga emas adalah golongan keutamaan kami supaya mereka boleh mengundi dengan selamat,” beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di SMK Baru, Bintulu hari ini.

Usaha tersebut mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sibuti Datuk Lukanisman Awang Sauni dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming yang juga membantu petugas SPR membantu dan memapah pengundi untuk masuk dan keluar daripada kenderaan.

Turut kelihatan juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan yang membuang undi di situ kira-kira 11.05 pagi. – TVS

Tags: jepak, PRK, SPR, undi, van

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan