Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pusat data berperanan dalam menjayakan matlamat revolusi digital Sarawak.

Sarawak sasar miliki lima pusat data menjelang 2030

ByOdleen Catherny

KUCHING, 3 Nov: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mempunyai lima pusat data menjelang 2030 yang berperanan membantu pertumbuhan ekonomi Sarawak melalui aliran data rentas sempadan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pusat data itu berperanan sebagai pemangkin dalam menjayakan matlamat revolusi digital Sarawak.

“Pada ketika ini, kita mempunyai satu pusat data TIER IV yang juga merupakan pusat data neutral dan hijau yang diperakui. Sarawak adalah lokasi terbaik untuk pelaburan pusat data.

“Kita ada ruang dan paling penting adalah kita memiliki keupayaan membekalkan tenaga mampan untuk memacu pusat data ini,” katanya berucap pada majlis makan malam ‘The International Business Review Borneo Awards 2023’ di sini, malam ini.

Pada masa sama, Abang Johari menyatakan keyakinan dengan infrastruktur asas sedia ada, Sarawak akan memupuk persekitaran kondusif bagi merangsang pembangunan ekonomi.

“Ini termasuk pemula teknologi dan mempromosikan literasi digital.

“Para pelabur dalam perkhidmatan teknologi dan digital juga akan dapat menerima penyelesaian inovatif dalam bidang e-dagang dan teknologi kewangan, kecerdasan buatan dan bandar pintar,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan para pemain industri untuk meneroka peluang pelaburan dan bekerjasama dengan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan