Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Bintulu berpotensi berkembang sebagai pintu masuk pelancongan ke kawasan pedalaman. Foto: TVS

Bintulu berpotensi sebagai pintu masuk ke kawasan pedalaman

ByMuqri Aziz

BINTULU, 3 Nov: Bintulu berpotensi untuk berkembang sebagai pintu masuk bagi aktiviti pelancongan ke kawasan pedalaman.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti di Sungai Asap, Belaga dan kawasan lain berdekatan Bintulu.

“Di Bintulu ini banyak sungai-sungai yang cantik, hutan rimba yang boleh diterokai selain daripada itu cara kehidupan rakyat terutama sekali rumah panjang.

“Tempoh hari semasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melawat ke sini ketika Kembara Kenali Borneo di Rh Raymond Plen, baginda amat seronok menikmati pemandangan dan suasana yang begitu indah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan JKKK Vaie, Kampung Kuala Segan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak turut berkata usahawan di kawasan Jepak mempunyai potensi yang besar kerana mereka terdedah dengan industri baharu.

“Dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan mereka dapat melihat potensi yang boleh mengangkatkan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi ,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan