Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri semasa sidang media di IPK Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

PRK Jepak: 1,219 pegawai, anggota polis siap siaga hari mengundi esok

KUCHING, 3 Nov: Seramai 1,219 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak bersiap siaga menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, pada esok, 4 Nov.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata jumlah itu merangkumi seramai 624 orang pegawai dan anggota ditugaskan bagi proses pembuangan undi manakala seramai 595 orang pegawai dan anggota pula untuk proses penjumlahan undi.

Menurutnya, Fasa 5 iaitu fasa pasca pilihan raya akan melibatkan seramai 260 orang pegawai dan anggota dalam memastikan keadaan aman dan terkawal.

“Untuk fasa pengundian pada esok hari, PDRM Sarawak menyediakan kekuatan seramai 624 orang semasa tempoh pengundian dan fasa seterusnya, proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah di Bintulu.

“Fasa terahir iaitu pasca pilihan raya (Fasa 5) kita juga meneruskan penugasan dan keselamatan awam dengan menempatkan seramai 260 pegawai dan anggota bagi memastikan keadaan terkawal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 128 permit ceramah dan kempen manakala jumlah kumulatif laporan polis bagi PRK Jepak adalah sebanyak 5 laporan polis diterima sepanjang tempoh berkempen bermula 21 Oktober sehingga semalam.

“Sepanjang tempoh berkempen bermula 21 Okt hingga semalam, PDRM telah mengeluarkan sebanyak 128 permit kempen dan ceramah.

“Manakala jumlah kumulatif ataupun laporan polis kita hanya menerima 5 laporan polis yang melibatkan kes-kes yang kecil sahaja iaitu kehilangan bendera.

“Selain itu, tidak ada kes yang serius sepanjang tempoh berkempen,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan agar semua para pengundi untuk keluar mengundi mengikut cadangan masa keluar mengundi yang digalakkan.

Tambahnya, pengundi dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan