Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah), Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim (kanan) pada sidang media MUF2023 hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Premier Sarawak sertai Sesi Dialog Premier sempena MUF 2023

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 2 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyertai Sesi Dialog Premier sempena Malaysia Urban Forum (MUF) 2023.

Sesi berkenaan akan turut disertai beberapa ahli panel lain termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata MUF akan berlangsung selama lima hari di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini bermula 4 hingga 8 November.

Kata beliau, pada 4 November akan dianjurkan perhimpunan Akar Umbi, Wanita, Belia, Akademia dan Kanak-Kanak di Pustaka Negeri Sarawak manakala pada 5 November pula berlangsung Perhimpunan Perniagaan di Old Courthouse Kuching.

“Pada 5 November juga akan berlangsungnya Kuching Car Free Morning dan Lawatan Teknikal (City Events) yang melibatkan aktiviti fun ride/walk, sukan rakyat, senamrobik dan banyak lagi,” katanya pada sidang media MUF2023 di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pada 6 hingga 8 November pula, Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) bakal menjadi tempat persidangan forum yang melibatkan acara pembukaan dan penutupan, sesi utama dialog, sesi forum khas, pameran perbandaran mampan dan aktiviti keusahawanan dan sebagainya.

Menurut Abdul Rahman, MUF2023 kali kelima ini dijangka direkodkan sebagai acara persidangan pembangunan mampan terbesar di Malaysia dengan melibatkan lebih 300 penceramah dan ahli panel daripada lebih 106 sesi forum dan acara terbuka.

“Sehingga kini, seramai 2,000 orang telah mendaftar menyertai MUF2023. Penganjur menyasarkan sehingga 5,000 penyertaan kerana forum ini adalah percuma dan terbuka kepada semua,” katanya lagi.

MUF 2023 membawa tema Memangkin Tindakan Transformatif untuk Perbandaran Mampan dan Berdaya Tahan yang selaras dengan kadar perbandaran yang pesat dialami oleh Malaysia yang telah mengakibatkan pelbagai cabaran dan risiko termasuklah perubahan iklim.

MUF2023 dilaksanakan dengan kerjasama PRIMA, United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan