Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit mencatatkan prestasi tidak menentu pada 2023, namun asas ekonomi negara yang kukuh telah membantu menyokong mata wang tempatan daripada terus menyusut berbanding dolar AS. Foto hiasan, Envato.

Ringgit ditutup rendah menjelang mesyuarat bank pusat AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman data pembuatan China yang lemah daripada jangkaan ketika pelabur menunggu hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS.

Pada 6 petang tadi, ringgit susut ke paras 4.7615/7655 berbanding dolar AS daripada 4.7600/7645, semalam.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China susut di luar jangkaan kepada 49.5 pada Oktober selepas mencatat peningkatan kecil pada September lepas.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata dolar AS menjadi tumpuan selepas peserta pasaran menunggu lebih banyak petunjuk daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang dijadualkan esok.

Malah, pasaran kini mengunjurkan kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah tambahan pada 2023 atas alasan ekonomi negara maju itu masih berdaya tahan.

Pada masa sama, bank pusat Jepun iaitu Bank of Japan menaikkan had Kawalan Keluk Hasil kepada 1.00 peratus daripada 0.25 peratus pada Julai.

“Pendirian Bank of Japan lebih cenderung untuk menyediakan mudah tunai kepada sistem yang menjadikan yen lemah,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.1588/1616 daripada 3.1810/1842 pada penutup Isnin.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 5.0729/0772 daripada 5.0375/0423 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8014/8063 daripada 5.7734/7789, sebelum ini.

Unit tempatan itu turut mencatat prestasi sama berbanding mata wang Asia lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4867/4902 daripada 3.4841/4877 semalam dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.37/8.38.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susut kepada 299.7/300.1 daripada 299.5/299.9 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2371/2544 daripada 13.2351/2531, sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan