Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abang Mohamad Shibli (berdiri, tengah) bersama pelajar institusi pengajian tinggi pada Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Tabung Baitulmal Sarawak di sini hari ini. Foto, TVS.

TBS agih 2,500 pek makanan kepada pelajar universiti

KUCHING, 31 Okt: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sebanyak 2,500 pek makanan sedia untuk dimakan kepada pelajar di empat buah institusi pengajian tinggi.

Pengurus besarnya, Datu Abang Mohamad Shibli Abang Mohamad Nailie berkata, ini kali pertama TBS melaksanakan inisiatif berkenaan.

Kata beliau, bantuan yang disalurkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar.

“Kita berpendapat ini merupakan cara terbaik supaya bantuan cepat sampai kepada mereka berbanding memberi beras yang memerlukan pelajar memasak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Bantuan Makanan TBS di sini hari ini.

Sementara itu Abang Mohamad Shibli berkata, pihaknya akan meneruskan kaedah bantuan itu kepada golongan memerlukan kategori lain.

“Kita akan fokus kepada mangsa banjir atau mangsa kebakaran dan sebagainya.

“TBS juga sedang menimbang untuk agihkan bantuan pek makanan ini kepada fakir miskin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan