Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan media, Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat selepas mengalami serangan jantung. Foto: AFP

PM Anwar ucap takziah bagi pihak Malaysia kepada China dan keluarga Li Keqiang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada keluarga bekas Perdana Menteri China Li Keqiang atas pemergiannya minggu lepas.

Anwar menerusi akaun X nya berkata  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beliau amat bersedih dengan pemergian bekas pemimpin China itu.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar China dan saya tidak ada keraguan terhadap legasi beliau yang mengukuhkan hubungan dua hala (Malaysia-China), harus diingati sentiasa.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah dan simpati kepada Puan Cheng Hong dan keluarga serta rakyat China,” katanya.

Menurut laporan media, Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat selepas mengalami serangan jantung.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri China dari 2013 hingga 2023 dan juga merupakan orang kedua paling berkuasa dalam parti pemerintah, Parti Komunis China dari 2012 hingga 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan