BALI, 30 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual tiba di sini hari ini bagi menghadiri Kongres Tenaga Hidro Dunia (WHC) kesembilan.
Beliau juga dijadual berucap dalam majlis pembukaan persidangan itu yang akan dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Selasa.
Bertemakan ‘Powering Sustainable Growth’, kongres tiga hari itu bakal menghimpunkan lebih 1,000 pakar dan pemimpin dalam bidang tenaga hidro global.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Datuk Sharbini Suhaili juga akan terlibat dalam sesi perbincangan mengenai peranan tenaga hidro mampan dalam mencapai matlamat pelepasan sifar bersih.
SEB merupakan rakan kongsi strategik acara anjuran Kerajaan Indonesia itu.
Nantikan perkembangan lawatan Premier Sarawak ke Bali hanya di TVS. – TVS