Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki Palestin membawa bayi perempuan yang cedera ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza berikutan serangan Israel pada 29 Oktober. Foto: AFP

Israel bunuh tiga orang awam di Tebing Barat Gaza

RAMALLAH, 30 Okt: Tentera zionis membunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat pagi Ahad menjadikan jumlah keseluruhan korban di kawasan itu kepada sekurang-kurangnya 110 orang sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, tiga orang awam berusia 29 hingga 31 tahun itu ditembak mati oleh tentera Israel pada waktu subuh tadi dalam insiden di kem pelarian Askar Nablus dan Tubas dekat Beit El di sini.

Ia tidak memberikan butiran lanjut dan tentera Israel juga tidak memberi sebarang ulasan ketika dihubungi agensi berita antarabangsa AFP.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini berlaku peningkatan keganasan antara penjajah Israel dan rakyat Palestin.

Terdahulu, seorang warga Palestin berusia 40 tahun yang sedang menuai buah zaitun dibunuh oleh penjajah di Kampung Sawiya dekat Nablus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan