Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2023 dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam. Foto Kraftangan Malaysia.

Festival Kraf Tekstil Borneo 2023 sasar jualan RM2.2 juta

KUCHING, 29 Okt: Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2023 yang dianjurkan sempena Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival tahun ini menyasarkan nilai jualan mencecah RM2.2 juta.

FKTB yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) berlangsung selama 10 hari, bermula pada 27 Oktober lepas.

Pegawai Komersial dan Digital Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Muhd Naqiuddin Ahmad berkata, pelbagai produk hasil kraf tempatan dipromosi pada FKTB.

“(Kita turut mengambil peluang untuk) mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada pelancong domestik dan antarabangsa yang hadir acara ini.

“Ini juga dapat membantu usahawan kraf menjana pendapatan,” katanya kepada TVS.

Mengulas lanjut, Muhd Naqiuddin berkata, karnival berkenaan melibatkan seramai 121 orang usahawan dengan sasaran  kehadiran 88,000 orang pengunjung tempatan dan asing.

“Usahawan yang terlibat termasuk 70 peratus dari Sarawak manakala selebihnya dari Sabah dan negeri di Semenanjung Malaysia.  Mereka mempamerkan pelbagai kraf termasuk tekstil, hasil tanah, hasil rimba dan logam,” katanya.

Jelasnya, pada FKTB kali ini, pihaknya turut membawa komuniti kraf untuk turut serta dalam jualan dan menyediakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas dalam satu resit.

“Kali ini kami mengetengahkan jualan produk komuniti kerana kita mahu mengangkat produk mereka.

“Antara produk komunti yang dijual di sini termasuk dari Batang Sadong, manik Bau dan juga dari Lawas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan