Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) hadir Sambutan Ulang Tahun Ke-20 JX Nippon Oil Gas Pertama Dari Helang Field semalam. Foto TVS.

Sarawak mampu penuhi permintaan tenaga gas dan minyak menerusi PETROS

MIRI, 29 Okt: Sarawak mampu untuk memenuhi permintaan sumber tenaga gas dan minyak melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, setakat ini syarikat milik Kerajaan Sarawak itu telah menyertai 17 blok luar pesisir Sarawak serta memulakan aktiviti penggerudian di Pesisir SK433.

Kata Awang Tengah, PETROS juga telah menyelesaikan kajian sub permukaan di Limbang dan Lawas.

“Hari ini Sarawak melalui PETROS mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan hulu, tengah dan hiliran.

“Kerajaan Sarawak melalui PETROS akan terus memacu pembangunan industri minyak dan gas sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-20 JX Nippon Oil Gas Pertama Dari Helang Field semalam.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, pada masa akan datang, PETROS akan menggalakkan penggunaan gas domestik di seluruh Sarawak menerusi empat hab iaitu di Bintulu, Samalaju, Miri dan Kuching.

Kata beliau, ini susulan empat projek utama sedang dilaksanakan termasuk gas kepada tenaga di Miri dan Samalaju, saluran paip dari Kidurong ke Samalaju dan Hab Gas Kuching.

“Ini juga akan mempromosikan industri petrokimia dan menyediakan tenaga yang mampan, boleh dipercayai dan mampu milik kepada pelanggan isi rumah, komersial dan industri, ” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan