Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang sitkom popular, Friend, Matthew Perry ditemukan mati di rumahnya pada Sabtu, lapor media Amerika Syarikat.

Pelakon Friends, Matthew Perry ditemukan meninggal dalam tab mandi rumahnya

LOS ANGELES, 29 Okt: Bintang sitkom popular, Friends, Matthew Perry ditemukan mati di rumahnya pada Sabtu, lapor media Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa memberitahu Los Angeles Times yang Perry, 54, ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di rumahnya di Los Angeles.

Perry terkenal dengan watak sebagai Chandler Bing dalam siri berkenaan yang popular di NBC.

Siri itu yang turut dibintangi oleh Jennifer Aniston dan Lisa Kudrow ditayangkan selama 10 musim bermula 1994 hingga 2004.

Perry sebelum ini lama berjuang bagi mengatasi masalah ketagihan alkohol malah pernah beberapa kali mengunjungi klinik pemulihan.

Semasa perjumpaan semula Friends yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Perry memberitahu rakan pelakon yang dia mengalami masalah kebimbangan yang melampau sepanjang penggambaran.

TMZ melaporkan tiada dadah ditemui di tempat kejadian pada Sabtu.

Selain Friends, Perry turut muncul dalam filem seperti Fools Rush In dan The Whole Nine Yards. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan