Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon, Badrul Muhayat meninggal dunia di sebuah rumah penginapan di Taman Pauh, Permatang Pauh hari ini. Foto: Facebook Badrul Muhayat

Pelakon, Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur

PERMATANG PAUH, 28 Okt: Pelakon, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia ketika tidur selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah penginapan di Taman Pauh di sini hari ini.

Rakannya yang juga pelakon, Anne Abdullah mengesahkan berita itu selepas beliau dimaklumkan oleh isteri arwah, Norhayati Zulkapli.

Menurut Anne, pelakon filem Harry Boy berusia 55 tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika tidur apabila tidak memberikan respon selepas dikejutkan Norhayati pagi ini.

“Assalamualaikum, saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat telah meninggal dunia di sebuah homestay di Penang. Al-Fatihah,” kata Anne menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Difahamkan Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani berada di negeri ini atas urusan kerja dan menyertai sebuah karnival hartanah di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan