KUCHING, 28 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal membentangkan pencapaian Sarawak menerusi ekonomi hidrogen di Forum Tenaga ASEAN di Bali pada Selasa ini, 31 Okt.
Abang Johari mendedahkan beliau akan berucap bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam forum berkenaan.
“Saya akan berkongsi dengan beliau di Bali berkenaan dengan ekonomi hidrogen,” kata beliau berkata pada Majlis Makan Malam Anugerah Konvensyen SCISCA sempena sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2023 di Pullman Hotel pada Jumaat.
Menurut beliau, sebelum itu pada 30 Okt, beliau juga akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim untuk satu perbincangan dengan Singapura. – TVS