Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerosakan di pantai selepas dilanda Taufan Otis di Acapulco, Negeri Guerrero, Mexico, pada 26 Oktober. Foto: AFP

Sekurang-kurangnya 27 maut, Taufan Otis badai selatan Mexico

ByBernama

BANDARAYA MEXICO, 27 Okt: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas Taufan Otis melanda Guerrero, Mexico pagi Rabu, lapor Xinhua.

Taufan itu yang menyebabkan kemusnahan teruk terutama di kawasan peranginan Acapulco, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara, kata setiausaha keselamatan dan perlindungan rakyat Mexico, Rosa Icela Rodriguez.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa dan pentadbirannya melancarkan operasi pengangkutan bantuan udara ke kawasan terjejas dengan sokongan tentera.

Sementara itu, kakitangan Suruhanjaya Elektrik Persekutuan bertungkus lumus cuba memulihkan bekalan elektrik dan telekomunikasi di rantau itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan