Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee ketika menghadiri program kempen di Rumah Panjang Sam Sumbang, Sungai Mas, Jalan Bintulu Tatau, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Pembangunan belia, wanita di rumah panjang antara fokus calon GPS

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 26 Okt: Antara agenda Iskandar Turkee apabila dipilih sebagai wakil rakyat ialah membangunkan golongan belia dan wanita di semua rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak itu berkata bagi pembangunan belia, beliau komited memastikan golongan itu mempunyai kemahiran dalam bidang yang diperlukan industri masa kini bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan dan mata pencarian yang baik.

“Kepada yang tidak dapat melanjutkan pelajaran, saya akan bantu belia di rumah panjang untuk dilengkapi dengan kemahiran. Menerusi kemahiran yang bersesuaian dengan minat mereka, mereka boleh pergi lebih jauh.

“Contohnya kerjaya seperti penjaga jentera elektrik yang mendapat pemintaan tinggi dalam pasaran. Kerjaya seperti itu bersesuaian dengan industri yang terdapat di Bintulu ini, malah mereka (belia) juga boleh membuka perniagaan sendiri menerusi kemahiran yang dimiliki.

“Saya akan cuba bantu belia untuk mendapatkan sijil kemahiran supaya mereka boleh mendapatkan kerjaya yang baik,” katanya ketika ditemui pada program kempen di Rumah Panjang Sam Sumbang, Sungai Mas, Jalan Bintulu Tatau, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, dirinya juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan wanita di rumah panjang dari segi membantu perniagaan golongan itu untuk dikembangkan secara dalam talian.

“Saya lihat di rumah panjang, golongan wanita menghasilkan produk-produk untuk diniagakan, jadi saya akan lihat bagaimana untuk membantu jualan mereka dipasarkan menerusi pemasaran digital,” katanya.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon GPS dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan