Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian diiringi Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, melihat bahan sisa buangan sempena Program Bank Sampah di Dewan Komuniti Kenyalang Park Jalan Chong Kiun Kong, Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Sarawak tetap praktikkan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi – Dr Sim

KUCHING, 26 Okt: Sarawak berpendirian teguh untuk mempraktikkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam urusan di peringkat pentadbiran negeri, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau menegaskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak telahpun diwartakan sebelum ini.

Sarawak tetap praktikkan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi | TVS

“Terdapat faktor lain kenapa Sarawak mahu mendapatkan kembali hak autonomi pendidikan.

“Kita mahu kekalkan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Karnival Komuniti Kampung Kenyalang di Dewan Komuniti Kenyalang Park Jalan Chong Kiun Kong, Kuching pada Khamis.

Tambah Sim, sehingga ke hari ini beliau masih menggunakan bahasa inggeris ketika mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan rasmi.

“Saya masih mengutus surat kepada Perdana Menteri menggunakan bahasa inggeris.

“Patutlah permohonan untuk pembinaan Pusat Jantung dan pusat kanser kita lambat,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang dihantar selain daripada bahasa kebangaaan.

Tegasnya lagi, beliau juga mengarahkan agar surat berkenaan dipulangkan semula jika arahan itu gagal dipenuhi tidak kira sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan