Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto: TVS

Sarawak sasar antara pengeluar dan pengguna hidrogen terbesar dunia

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Okt: Sarawak mensasarkan untuk berada dalam kelompok teratas dunia dalam pengeluaran dan penggunaan hidrogen.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, ini selepas Sarawak berjinak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen dan sumber semula jadi yang lain di negara ini.

“Kita dianugerahkan dengan banyak sungai dan hujan, jadi kita boleh mencebur diri dalam industri hidrogen.

“Pengeluar hidrogen terbesar dan pengguna hidrogen terbesar adalah China, diikuti Jepun, seterusnya ketiga adalah Korea, keempat adalah Eropah dan kelima mungkin Sarawak,” katanya pada program bual bicara Dialog TVS pada Khamis.

Sebubungan itu, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata, Sarawak juga merupakan lokasi sesuai untuk penyimpanan karbon.

“Ini kerana lokasi perairan Sarawak yang terletak di luar jajaran gunung berapi dan gempa bumi menjadikan kawasan ini sesuai untuk penyimpanan karbon.

“Jadi bermakna perairan Sarawak itu adalah kawasan yang stabil kerana untuk menyimpan karbon kita memerlukan kawasan yang stabil.

“Di dunia ini hanya terdapat tiga sahaja kawasan yang boleh menyimpan karbon iaitu di Norway, Amerika Syarikat (Houston) dan Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan