Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi melakukan lawatan kerja di Rumah Richard Umkar di Kuala Tatau di sini, hari ini. Foto TVS.

Hampir seluruh Sarawak diliputi grid bekalan elektrik dan air – Julaihi

BINTULU, 25 Okt: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak komited untuk menyediakan kemudahan diperlukan oleh penduduk khususnya di kawasan luar bandar.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perkara itu merupakan usaha berterusan kerajaan bagi merapatkan jurang kawasan bandar dan luar bandar.

Kata beliau terdapat projek telekomunikasi dan utiliti di beberapa kawasan luar bandar telah siap dan memanfaatkan penduduk.

“Cuma saya minta penduduk supaya bersabar kerana ini merupakan usaha berterusan oleh Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu penduduk luar bandar turut terlibat dalam pembangunan arus perdana, tidak mahu mereka tertinggal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Rumah Richard Umkar di Kuala Tatau di sini, hari ini.

Julaihi berkata, aspek terbabit sentiasa menjadi fokus Sarawak dalam memastikan setiap pembangunan membabitkan penglibatan aktif semua kelompok masyarakat sama ada mereka berada di luar bandar, persisir pantai serta bandar.

Tambah beliau, ketika ini hampir seluruh Sarawak sudah diliputi dengan grid bekalan utiliti elektrik dan air.

“Bagaimanapun kemunculan penempatan baharu yang memerlukan kemudahan tersebut memberikan cabaran kepada kementerian itu untuk menyediakan bekalan utiliti secara sepenuhnya,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan