Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee, calon GPS bagi PRK Jepak. Foto: TVS

PRK Jepak: Wakil rakyat Jepak baharu perlu fokus bantu usahawan kecil – Dr Annuar

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 25 Okt: Usahakan lesen perniagaan untuk usahawan kecil bagi memudahkan golongan berkenaan menjalankan perniagaan dan memohon bantuan dari kerajaan, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Annuar Rapaee.

Perkara ini akan diusulkan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee sekiranya beliau memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 November kelak.

“Mereka boleh dapatkan lesen tersebut di Pejabat Daerah, lesen ini penting kerana sekiranya apa-apa berlaku seperti waktu pandemik COVID-19 dahulu, mereka tidak akan mendapat bantuan, sebab itulah pentingnya untuk mendapatkan lesen ini.

“Saya akan bincangkan perkara ini dengan wakil rakyat baharu kita nanti, jadi berikanlah sokongan kepada beliau (Iskandar),” katanya ketika berucap menyempurnakan kursus kemahiran Quick Win Jahitan di Kompleks Kampung PERYATIM di sini, hari ini.

Kursus tersebut disertai seramai 20 orang peserta dengan setiap peserta diberikan sebuah mesin jahit oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan