Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta Program Tempat Kerja Bebas Dadah, John Nichol Jalak (kiri) dan Syeed Mohammad. Foto: Nazirah Adlina (TVS)

TEKAD beri kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah di tempat kerja

ByAdlina Rahman

KUCHING, 24 Okt: Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) wajar diperluaskan penganjurannya sejajar dengan usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Rata-rata peserta program yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM) hari ini menyambut baik usaha berkenaan.

Peserta program, Syeed Mohammad Nazri Wan Mahmad Nizam berkata program tersebut memberi pendedahan mengenai pencegahan dadah di tempat kerja.

“Pada pendapat saya, ia adalah program yang bagus kerana ia memberi pendedahan kepada mereka yang kurang arif mengenai pencegahan dadah di tempat kerja.

“Saya rasa terdapat syarikat yang mana pekerjanya terlibat dengan penyalahgunaan dadah namun sukar untuk mengenal pasti individu itu,” katanya ketika ditemui pada program yang dihadiri 60 peserta dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan.

Bagi John Nichol Jalak pula, beliau berharap dengan penganjurannya, mampu melahirkan masyarakat bebas dadah, bukan sahaja di tempat kerja.

“Sebagaimana yang disampaikan oleh penceramah, kita sebagai kakitangan kerajaan memang seharusnya bebas 100 peratus daripada pengaruh dadah.

“Kalau kita terlibat dengan dadah, kita akan merosakkan reputasi dan juga akan merosakkan masa depan kita sendiri,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan seorang pendidik menyatakan harapannya agar program ini turut dianjur dengan menyasarkan golongan pelajar sekolah.

“Jika diberi pendedahan awal, mereka dapat melahirkan budaya membenci dadah dalam kehidupan sekali gus melahirkan generasi bebas dadah,” jelasnya.

Program ini merupakan usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah di tempat kerja. – TVS

Tags: AADK, dadah, Tekad

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan