Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing yakin GPS akan meraih kemenangan besar pada PRK DUN Jepak. Foto TVS.

PRK Jepak: Jentera PDP bantu kempen di rumah panjang

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 22 Okt: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan mengerahkan jenteranya membantu kempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jentera PDP mempunyai tugas ‘khusus’ iaitu turun berkempen di kawasan rumah panjang dalam DUN Jepak.

Kata beliau, ini bagi memastikan GPS dapat meneruskan penguasaan mereka di kawasan pinggir bandar itu.

“Jentera kita akan berkempen dari satu rumah panjang ke rumah panjang yang lain di Jepak.

“PDP yakin GPS mampu meraih kemenangan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemberita selepas merasmikan Kejohanan Paintball Piala Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu di sini, hari ini.

https://youtu.be/IqM7sINg7iQ

Mengulas mengenai calon yang diketengahkan GPS pula, King Sing berkata, keputusan pucuk pimpinan parti memilih Iskandar adalah tepat dan parti itu memberi sokongan sepenuhnya.

Sementara itu, King Sing berkata, beliau yakin GPS mampu mengawal isu-isu berbangkit sepanjang tempoh PRK DUN Jepak dan setakat ini tidak wujud masalah di peringkat akar umbi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan