Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Norhyati Ismail (dua dari kanan) menyarung selempang gelaran kepada Esther selepas dinobatkan sebagai juara pada pertandingan akhir, Sabtu lepas. Foto TVS.

Ahli geologi dari Miri dinobatkan juara Sarawak Queen of The World 2023

KUCHING, 23 Okt: Finalis berasal dari Miri, Esther Micheal, dinobatkan sebagai pemenang Mrs Queen of the World Sarawak (QOTWS) 2023 pada Sabtu lepas.

Esther, 41, yang juga seorang ahli geologi petroleum berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk muncul juara kerana persaingan sangat sengit.

“Sebenarnya, finalis lain turut mempunyai aura masing-masing.

“Saya berasa terharu kerana berpeluang bertanding dengan sembilan calon lain yang memiliki advokasi hebat malah mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap di atas pentas,” katanya.

Esther menerima hadiah kejuaran yang disampaikan oleh Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail.

Selaku juara, Esther bersama pemenang tempat kedua dan ketiga akan mewakili Sarawak pada pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini.

Sementara itu, pemenang tempat kedua, Nastassia Affendi 33, dari Kuching pula berkata, dia akan terus membuat persiapan bagi pertandingan di Kuala Lumpur (KL) pada minggu depan.

“Sebenarnya rasa teruja rasa bangga dan gembira kerana telah berada di posisi ini. Doakan yang terbaik untuk pertandingan di KL,” katanya yang juga seorang eksekutif akaun.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Dayangku Norhasiba Awang Tambi, 39, menyifatkan pertandingan ini sebagai platform terbaik untuk memupuk kepercayaan kepada kebolehan sendiri.

“Ini juga dapat memperkasa golongan wanita tanpa mengira agama dan status,” kata ahli perniagaan itu.

Pengarah Queen of The World Pageant 2023, Hasnida Hamid berkata, QOTWS 203 menjadi pemangkin perubahan untuk memperkasa golongan wanita.

“Pada masa sama, pertandingan ini membawa perhatian kepada isu kemiskinan, pendidikan dan mempromosi keunikan budaya,” katanya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found