Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah), Iskandar Turkee (kiri) bersama penduduk Jepak semasa menghadiri program Jom Melinut hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Manifesto GPS ketengah isu pembangunan di Jepak – Awang Tengah

BINTULU, 22 Okt: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menawarkan manifesto yang memfokuskan isu pembangunan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengarah pilihanrayanya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, manifesto itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Ia akan menerangkan perancangan GPS serta untuk masa depan kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program Jom Melinut anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sebuan Besar/Kecil di Kampung Warisan Jepak, di sini hari ini.

Turut hadir Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat dan calon GPS PRK DUN Jepak, Iskandar Turkee.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata program pagi ini merupakan langkah terbaik bagi memperkenalkan calon GPS serta menyantuni penduduk setempat.

“Kita percaya kemenangan besar akan diberikan kepada calon GPS,” katanya.

Sementara itu, Iskandar menyifatkan sambutan pada program ini sangat memberangsangkan.

“Saya berharap sokongan  padu ini akan diterjemahkan pada hari pengundian kelak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan