Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia. Foto Bernama.

Zii Jia, beregu lelaki mara final Terbuka Denmark

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia selangkah untuk melakar kejuaraan kedua musim ini apabila mara ke final Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Sabtu.

Juara Terbuka Artik yang kini menghuni ranking ke-11 dunia itu melangkah ke pusingan akhir selepas menyingkirkan Lee Cheuk Yi dari Hong Kong 21-15, 21-17 di separuh akhir.

Pemain kelahiran Kedah itu akan membuat perhitungan dengan Weng Hongyang dari China yang mengetepikan rakan senegara Shi Yu Qi 21-14, 21-19 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Mengiringi Zii Jia, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terpaksa bermandi peluh sebelum mengecewakan wakil tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15 untuk mara ke final.

Juara dunia 2022 di ranking keempat itu bakal membuat perhitungan dengan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana bagi memburu gelaran juara Terbuka Denmark. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan