Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Pertahankan keharmonian sesama rakyat Sarawak – TPM Fadillah

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Penganjuran program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 bukan sekadar untuk anak- anak Sarawak berhimpun sebaliknya menjadi simbol kebersamaan, keharmonian dan kasih sayang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Pengerusi Pengelola LBAS berkata, program tahunan itu berjaya menghimpunkan ribuan anak Sarawak yang berkelana di Semenanjung Malaysia di bawah satu bumbung yang sama.

“Semoga semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan kita orang Sarawak akan terus terpelihara dan bertambah demi Sarawak Maju dan Makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak bersempena Lan Berambeh 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini malam ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Acara yang menghimpunkan kira-kira 6,500 anak Sarawak di Semenanjung Malaysia itu turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, menteri kabinet Kerajaan Persekutuan dan menteri kabinet Kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu Fadillah turut menzahirkan penghargaan kepada Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, Sarawak Volunteers serta semua Ahli Jawatankuasa (AJK) termasuk 262 sukarelawan anak Sarawak di Semenanjung Malaysia yang bekerja keras bagi menjamin kelancaran program.

“Sudah semestinya program LBAS 2023 ini tidak akan dapat direalisasikan dengan jayanya tanpa sokongan padu Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Terima kasih juga kepada anak-anak Sarawak yang hadir dan memberi sokongan kepada program Lan Berambeh Anak Sarawak, tanpa anda semua program kita ini tidak akan dapat dijayakan,” kata Fadillah lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan