Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) ketika sesi Sarawak Agenda Townhall pada program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di MITEC hari ini. Foto Bernama.

Beri peluang anak tempatan jadi guru di Sarawak – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kerajaan Sarawak sedang berunding dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu kekurangan lebih 3,000 guru di wilayah itu, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, butiran rundingan antaranya melibatkan cadangan supaya universiti di Sarawak dibenarkan menyediakan kursus perguruan.

“Usaha ini bertujuan untuk menambah guru di Sarawak dengan memberi perhatian kepada anak Sarawak dilantik untuk mengajar di sekolah di sana,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi Town Hall Sarawak Agenda di sini hari ini.

Sesi berkenaan diadakan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) .

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pada peringkat permulaan, usaha itu sedang dilaksanakan di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak.

Tambah beliau universiti berkenaan menawarkan kursus perguruan yang diiktiraf oleh KPM.

“Sekiranya rundingan ini selesai, maka dapatlah kita mengatasi masalah isu kekurangan 3,000 guru di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan