Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengiringi calon GPS, Iskandar Turkee ke pusat penamaan calon PRK Jepak di Bintulu, hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: ‘Apa aspirasi atau niat pembangkang’ – Awang Tengah

BINTULU, 21 Okt: Antara tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah calon paling tepat untuk dipilih sebagai wakil rakyat baharu kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata GPS mempunyai hala tuju pembangunan yang amat jelas di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Malah, sokongan terhadap Iskandar membolehkan rancangan-rancangan pembangunan di kawasan berkenaan dapat diteruskan seperti diperjuangkan penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Talib Zulpilip.

Apa aspirasi atau niat pembangkang – Awang Tengah.

“Kita sudah melihat kepimpinan Abang Johari menerusi kerajaan GPS. Kita telah berjaya menuju ke arah pembangunan yang baik dari semua sudut.

“Mungkin belum sempurna, tapi sudah nampak dan dari segi perancangan ekonomi dan sosial. Kita mahu memperhebatkan usaha-usaha pembangunan,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

PRK Jepak membabitkan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

“Saya tidak tahu apa aspirasi atau niat mereka. Mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan (negeri) baharu kerana kerajaan pada masa kini sudah mempunyai dasar dan polisi yang jelas yang memanfaatkan rakyat Sarawak,” ujar Awang Tengah lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata jawatankuasa kempen GPS akan berusaha gigih dalam memenangi hati para pengundi sepanjang tempoh kempen selama 14 hari menjelang hari pengundian pada 4 November.

“Kita yakin, insya-Allah kemenangan itu berpihak kepada kita tetapi tidak akan sambil lewa.

“Kita akan bergerak, bekerja bersungguh-sungguh kerana saya mengharapkan pengundi-pengundi akan keluar beramai-ramai dan dari segi peratusan turun mengundi saya harap ia meningkat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan