Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee bersama penyokong GPS pada Hari Penamaan Calon PRK Jepak di Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Iskandar yakin mampu hadiahkan kemenangan cemerlang kepada GPS

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 21 Okt: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Menurut Iskandar, pihaknya yakin mampu menghadiahkan kemenangan yang cemerlang dan seterusnya mengekalkan penguasaan GPS di kerusi pinggir bandar itu.

“Kita mengiktiraf sistem demokrasi, masing-masing layak untuk menghantar wakil. Bagi pihak GPS, kita yakin dapat kemenenangan yang cemerlang dalam PRK kali ini.

“Kita akan teruskan legasi yang ditinggalkan mantan ADUN Jepak, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip dan memastikan apa yang dirancang arwah dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai strategi kempen, Iskandar berkata, gerak kerjanya akan melibatkan pelbagai aspek berdasarkan kumpulan sasar yang akan didekati.

PRK Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar Turkee dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Pengumuman dilakukan Pegawai Pengurus PRK Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkee pada 10.30 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan