Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SME Corp. Malaysia Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok berucap di Siri Jelajah dan Sesi Taklimat Program Pengukuhan Mikro MADANI Peringkat Negeri Sabah. Foto: SME Corp. Malaysia

RM10 juta bantu perusahaan mikro di Sabah, Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Oct: Peruntukan berjumlah RM10 juta akan disalurkan kepada perusahaan Sabah dan Sarawak melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak.

Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompo berkata inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu dijayakan menerusi Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI).

Menerusi dana berkenaan, beliau mendedahkan SME Corp. Malaysia yang merupakan sebuah agensi di bawah KUSKOP optimis menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran sehingga RM250,000 khusus untuk perusahaan mikro Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Akses kepada pembiayaan kekal menjadi isu utama yang membelenggu PMKS, khususnya perusahaan mikro.

Justeru, SME Corp. Malaysia telah memperkenalkan Program Mikro MADANI yang menyediakan bantuan kewangan kepada perusahaan mikro dalam bentuk geran dan pinjaman serta baucar,” katanya pada siri Jelajah dan Sesi Taklimat Program Pengukuhan Mikro MADANI Peringkat Negeri Sabah, pada Jumaat.

Jelasnya, bantuan tersebut akan disalurkan melalui lima inisiatif utama termasuk Geran Perniagaan Mikro (GPM), Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing – MBF), dan Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE (Tunas Usahawan Belia Bumiputera).

“BEEP Plus Sabah dan Sarawak dilaksanakan khusus untuk membantu perusahaan mikro terutamanya kaum Bumiputera asal, melalui geran padanan sehingga 70 peratus daripada kos projek atau maksimum RM250,000 bagi tujuan peningkatan kapasiti,” ujarnya.

Tambah Dompok, sehingga September 2023, SME Corp. Malaysia telahpun memperakukan pendaftaran sebanyak 27,054 pemohon berstatus PMKS yang merangkumi 1,573 PMKS dari Sarawak dan 1,055 PMKS Sabah.

Melalui Program Mikro MADANI, bantuan kewangan dalam bentuk baucar bernilai RM100 turut disediakan bagi yuran pemprosesan pendaftaran Status PMKS bagi memastikan penerima manfaat adalah dari kalangan perusahaan mikro.

Permohonan untuk Program Mikro MADANI telahpun dibuka sejak dilancarkan pada 20 September yang lalu.

Maklumat lanjut mengenai program Mikro MADANI serta kemudahan permohonan secara dalam talian boleh diakses melalui laman sesawang SME Corp. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan