Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Tebingan Sungai Limbang fasa satu dan dua berjalan lancar.Foto: TVS

Tebingan Sungai Limbang dijangka siap pada 2025

LIMBANG, 20 Okt: Bakal bergelar tebingan sungai terpanjang di Sarawak, projek pembinaan Tebingan Sungai Limbang kini dijangka siap pada 2025.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, projek mega sepanjang 1.8 kilometer (km) membabitkan kos keseluruhan bernilai RM120 juta itu diyakini akan mengubah landskap pembangunan di sini.

Wali Kota MDL, Kaunselor Sufian Mohat ditemui pemberita selepas Program Innowaste Bersama Komuniti 2023, Pertandingan Rekacipta dari Bahan Terbuang anjuran MDL di Dewan Bunga Raya, Limbang hari ini. Foto: TVS

Sufian menambah hasil perbincangan dan pertemuan dengan pihak konsultan dan kontraktor terlibat, mereka memberi komitmen tinggi projek yang amat dinantikan penduduk di utara Sarawak akan siap mengikut jadual.

“Semalam kita telah bermesyuarat bersama pihak konsultan dan kontraktor. Semuanya telah mencapai hasil yang baik. Pembinaan Projek Tebingan sungai fasa dua dan fasa tiga mengikut jadual dan dijangka siap pada 2025,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Innowaste Bersama Komuniti 2023, Pertandingan Rekacipta dari Bahan Terbuang anjuran MDL di Dewan Bunga Raya, Limbang di sini, hari ini.

Pembinaan Tebingan Sungai Limbang siap ikut jadual.

Sufian memberitahu projek berkenaan dibangunkan secara tiga fasa pembinaan dilihat turut mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada peniaga untuk menyertai aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

“Kali ini kita melihat perkembangan projek berjalan dengan lancar dan kita telah bekerjasama dengan para peniaga untuk memastikan mereka ini turut sama bagi membantu pihak MDL menjayakan projek itu ,”ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, apabila siap nanti projek berkenaan memberi impak positif bukan saja memberi ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga yang datang, tetapi menyediakan kemudahan berniaga selain menjadi satu lagi kawasan menarik untuk dikunjungi dalam memacu sektor pelancongan domestik di utara Sarawak.

Pihak MDL jelasnya, terus mengutamakan aspek keselamatan orang ramai di kawasan tapak Projek Tebingan Sungai Limbang khususnya Projek Tebingan Sungai Limbang fasa 3, berhampiran Bangunan Tamu Limbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan