Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Kampung Jepak, Ali Abang. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Teruskan legasi visi pembangunan Allahyarham Talib

ByMuqri Aziz

BINTULU, 20 Okt: Legasi Allahyarham Datuk Talib Zulpilip dalam membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak wajar diteruskan, kata Penghulu Kampung Jepak, Ali Abang.

Sehubungan itu, wakil rakyat baharu yang dipilih menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak pada 4 November ini perlu memiliki visi dan misi sama seperti dilakukan Allahyarham selama menjadi wakil rakyat sejak 1996.

Antaranya ialah merealisasikan pembangunan Jepak Jaya.

“Pengalaman saya bekerja dengan Allahyarham, beliau adalah seorang yang disiplin, berintegriti serta punyai visi yang jelas untuk memajukan Jepak, terutama sekali dari segi ekonomi penduduk setempat dan antara projek yang kita tidak dapat lupakan adalah Projek Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang sudah semestinya akan berlakunya limpahan ekonomi.

“Walaupun Allahyarham telah pergi meninggalkan kita, namun saya menyarankan supaya legasi yang ditinggalkan diteruskan demi kebaikan penduduk Jepak,” katanya ketika ditemui TVS.

Calon GPS DUN Jepak perlu miliki visi jelas bangunkan kawasan

Sehubungan itu, beliau mahu bakal wakil rakyat itu bekerja keras serta rajin turun padang dan peka dengan permasalahan rakyat.

Ali juga mahu wakil rakyat bersedia memikul tanggungjawab dan mudah didekati penduduk setempat yang dilihatnya penting bagi menyelesaikan setiap permasalahan termasuklah pembangunan asas, sosial, ekonomi dan pendidikan.

“Begitu juga dengan peluang pekerjaan, kita minta kalau dapat binakan banyak sumber ekonomi seperti kilang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan