Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 6 Jalan Tatau-Bintulu pada pagi Khamis. Foto: BSPT IPD Tatau

Lelaki maut, treler rempuh pacuan empat roda di Tatau

TATAU, 19 Okt: Seorang penumpang pacuan empat roda maut selepas kenderaan itu dirempuh oleh sebuah lori treler di Kilometer (KM) 6 Jalan Tatau-Bintulu, di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu berusia 29 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis berkata, polis menerima laporan kejadian itu sekitar 11 pagi.

Menurutnya, penumpang pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Tatau.

“Siasatan awal mendapati treler dari arah Bintulu itu telah melanggar kenderaan itu yang keluar secara tiba – tiba dari simpang kiri.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan pacuan empat roda itu telah terbabas ke kawasan semak di tepi jalan raya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pemandu lori treler berusia 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan atau menghubungi Pengawai Penyiasat Trafik, Inspektor Edwin Langit Jaul di talian 016-8563017.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan