Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba mengeluarkan dua mayat pekerja asing dalam kebakaran di Batu Niah awal pagi tadi. Foto BBP Batu Niah.

Dua pekerja asing maut, kontena didiami terbakar di Batu Niah

BATU NIAH, 19 Okt: Dua lelaki warga asing ditemukan maut dalam kebakaran bilik kontena di ladang sawit berhampiran Kampung Telong, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu di sini, awal pagi tadi.

Kedua – dua mangsa warga Indonesia berusia 30 dan 35 tahun itu dipercayai terperangkap dan sesak nafas semasa kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Rary Binjie berkata, sepasukan sembilan anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada 5.55 pagi.

“Setibanya di situ, anggota mendapati kebakaran sudah terkawal dan mereka memadamkan sisa kebakaran.

“Dua mangsa itu meninggal dunia dalam bilik kontena di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian mengeluarkan mayat selepas api padam sepenuhnya pada 6.40 pagi.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.30 pagi,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan