Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ismawi Ishak (kanan) dan Nawawi Lalem ketika ditemui TVS di Kampung Jepak, Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Dukung politik pembangunan, GPS pilihan pengundi Jepak

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 19 Okt: Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak beranggapan bahawa mereka mempunyai pilihan amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.

Berdasarkan tinjauan TVS di beberapa lokasi di Jepak, rata-rata yang ditemui secara terbuka menyatakan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus menerajui kawasan mereka sehingga akhir penggal.

Menurut Ismawi Ishak, 48, sokongan kepada calon dari parti pemerintah dalam kalangan pengundi Jepak adalah petanda jelas penduduk di kawasan ini memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Sudah tentu ‘mood’ rakyat ketika ini dinamika Sarawak secara umumnya sudah tentu kita akan pilih calon GPS kerana GPS terbukti telah membawa Sarawak daripada satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi dari aspek pembangunan ekonomi dan dari segi pembangunan sosial dan infrastruktur.

“Saya cukup pasti, pengundi di sini (Jepak) akan memastikan GPS menang dengan majoriti lebih besar dan selesa,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Senadanya dengannya, Nawawi Lalem, 75, yang beranggapan bahawa hanya GPS dapat menyelesaikan masalah penduduk Jepak dan membangunkan kawasan pinggir bandar itu.

“Pemimpin itu mesti orang yang jujur dan mahu berdamping dengan rakyat, berjiwa rakyat dan mahu bekerjasama dengan rakyat. Kita mahu pemimpin yang menerima teguran dengan hati yang terbuka,” katanya.

GPS mengumumkan Iskandar Turkee sebagai calon. Hari penamaan calon akan diadakan pada 22 Oktober, manakala 4 November hari mengundi.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Allahyarham Talib menyandang kerusi itu selama enam penggal dan kali terakhir mempertahankannya 2021 dengan majoriti 4,243 undi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan