Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan sesi menandatangi MOU di antara Sunway, LCDA dan Yayasan Sarawak hari ini. Foto: UKAS

Premier Sarawak saksi Sunway meterai MoU bersama LCDA, Yayasan Sarawak

BySalasiah Safian

IPOH, 19 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan upacara pemerteraian dua memorandum persefahaman (MoU) antara Sunway dengan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Yayasan Sarawak.

Sunway dalam satu kenyataan mendedahkan kerjasama terbabit bukan sahaja mengukuhkan komitmen Sunway terhadap pembangunan hartanah moden dan inovatif di Sarawak tetapi juga merangka projek transformatif secara berperingkat yang akan membentuk semula landskap rantau ini.

Menurut kenyataan juga MoU pertama ditandatangani di antara Sunway dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sarawak berhubung transformasi 119 ekar ‘prime land’ di Kuching untuk dijadikan sebagai state-of-the-art Digital Medical Village Development.

“Perkembangan ini menjanjikan lebih daripada sekadar usaha niaga hartanah, menandakan pendekatan berpandangan ke hadapan terhadap penjagaan kesihatan dan gaya hidup di Kuching Utara.

“Di bawah MoU ini, Sunway akan bekerjasama rapat dengan Yayasan Sarawak untuk mengkaji cadangan pelan induk perbandaran moden bersepadu pintar, kajian kebolehlaksanaan dan inovasi reka bentuk,” tulis kenyataan tersebut.

Sementara, Sunway dan Yayasan Sarawak juga akan bekerjasama meneroka model perniagaan Build-Operate-Own atau Build-Operate-Transfer yang terkenal dengan Sunway.

Seterusnya, MoU yang kedua ditandatangani di antara Sunway dan Lembaga LCDA berkenaan dengan pembangunan semula pembaharuan bandar kawasan seluas 497 ekar di kawasan Bukit Assek.

Dengan kolaborasi ini, Sunway sedang menyelami inisiatif pembaharuan bandar yang terinspirasi daripada transformasi yang memenangi anugerah iaitu Sunway City Kuala Lumpur.

Sebagai kolaborator eksklusif untuk projek ini, Sunway akan bekerjasama dengan LCDA untuk menghidupkan visi ini dengan meneroka pelan induk bandar moden bersepadu, reka bentuk dan kebolehlaksanaannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan