Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Anis Rizana (kanan) dan Ketua Pengarah Kastam Indonesia, Askolani (kiri) ketika melancarkan Operasi Patkor Kastima diatas Kapal DJBC BC60001 di perairan sempedan Malaysia-Indonesia. Foto: Kastam Indonesia.

Malaysia, Indonesia lancar Operasi Patkor Kastima, banteras seludup di perairan

JAKARTA, 19 Okt: Indonesia dan Malaysia melancarkan Operasi Patkor Kastima Siri 27A 2023 sebagai usaha membasmi penyeludupan di kedua-dua perairan bermula hari ini hingga 9 November depan.

Kerjasama yang yang melakar sejarah itu diadakan di antara perairan Pulau Kukup, Malaysia dan Perairan Pulau Karimun Anak, Indonesia hari ini.

Simbolik perasmian telah disempurnakan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Anis Rizana dan Ketua Pengarah Kastam Indonesia, Askolani di atas Kapal DJBC BC60001 di sini.

Menurut taklimat pada majlis itu, operasi berkenaan akan melibatkan perairan Selat Melaka yang dipecahkan kepada lima sektor rondaan bagi setiap negara.

“Strategi dan pendekatan yang lebih efektif perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip global solutions melalui kerjasama kukuh dan komitmen padu di kedua negara,” katanya.

Menurut jurucakap pada taklimat itu, kerjasama itu bukan sahaja memerlukan tindakan dan operasi bersepadu yang dikoordinasi di antara pentadbiran kastam di kedua-dua negara tetapi ia menjurus kepada perkongsian maklumat dan jaringan komunikasi yang utuh dalam menangani kegiatan penyeludupan khususnya di perairan Selat Melaka.

Operasi kali ini melibatkan seramai 170 anggota iaitu 70 orang terdiri dari pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan 100 orang pegawai Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC).

Bagi sektor Malaysia, kawasan rondaan bermula dari sektor Kuala Perlis–Pulau Pinang hingga ke Sektor Pontian–Sungai Pulai, manakala di pihak Indonesia pula, sektor rondàan yang terlibat adalah bermula dari Acheh hingga ke sektor Batam.

Kedua-dua pihak delegasi turut membincangkan hala tuju operasi yang akan dilaksanakan bagi memberi impak yang lebih serius demi menjaga perairan negara dalam membanteras penyeludupan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan