Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan ibu kota pada pukul 6 petang tadi mendung dan terjejas akibat situasi berjerebu dengan Bacaan Indeks Pencemaran Udara 154 (IPU). Foto: Bernama

Jerebu: Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Klang di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan bacaan 154.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan