Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. Foto fail: Teo Nie Ching (FB)

Parlimen: Projek hab gentian optik di Igan dijangka siap tahun ini

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Sebanyak 16 projek hab gentian optik titik kehadiran (PoP) fasa dua akan dilaksanakan di Parlimen Igan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, projek tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

“Berdasarkan maklumat oleh kontraktor, mereka dapat menyiapkan beberapa projek di kawasan itu pada tahun ini.

“Untuk PoP fasa satu, sebanyak 60 projek di seluruh Sarawak telah siap dan dua daripadanya di Igan.

“Manakala untuk di seluruh Sarawak bagi fasa dua, terdapat enam projek daripada 681 projek telah dilaksanakan dan bakinya dijangka siap menjelang 31 Oktober 2025 secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Johnie Zawawi (Gabungan Parti Sarawak – Igan) mengenai status perlaksanaan PoP di kawasannya.

Sementara itu, Neo Ching turut memaklumkan, PoP di seluruh Sarawak akan dilaksanakan lebih kurang 10 peratus tahun ini manakala 50 peratus pada 2024 dan 40 peratus akan disiapkan menjelang 2025.

“Sebanyak tujuh daripada 14 menara baharu telah siap dan beroperasi di kawasan Parlimen Igan pula,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan