Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis cedera pada bahu dan kepala selepas dilibas dengan sebilah kapak oleh seorang lelaki yang membawa sejumlah dadah di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia, Gerik dekat sini hari ini.

Koperal polis cedera dilibas kapak

IPOH, 17 Okt: Seorang anggota polis cedera pada bahu dan kepala selepas dilibas dengan sebilah kapak oleh seorang lelaki yang membawa sejumlah dadah di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia, Gerik dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superindendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika dua anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik sedang melakukan Operasi Tapis.

Katanya, anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal tersebut terserempak seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigan.

“Suspek telah turun dari motosikal sambil memegang kapak di tangan kanan dan parang di tangan kiri.

“Dia kemudiannya bertindak agresif apabila mencampak parang ke atas tanah sambil berlari ke arah Koperal dan menyerangnya dengan kapak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, anggota berkenaan cuba menangkap suspek, namun dia dilibas dengan kapak sehingga menyebabkan kecederaan pada bahu kanan dan bengkak di kepala.

“Dalam situasi getir itu, anggota terbabit cuba mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan ke bahagian kaki suspek sebelum dia berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan ke atas badan suspek kemudian menemui satu paket lutsinar berisi daun kering disyaki ganja dan dua keratan penyedut minuman disyaki berisi syabu di dalam poket seluar kiri,” katanya lagi.

Tambah beliau, anggota polis berkenaan kemudiannya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bersia, Gerik, manakala suspek dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2)/6 Akta Dadah Berbahaya 1953. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan