Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Swimburne Kampus Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dimajlis graduasi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pagi tadi. Foto: UKAS.

Premier Sarawak anugerahkan skrol kepada 284 graduan Swinburne hari ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 Okt: Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menganugerahkan skrol kepada 284 graduan pada Majlis Konvokesyen Swinburne edisi Ogos 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Majlis hari ini menyaksikan seramai 114 graduan dalam bidang perniagaan, 55 dalam bidang kejuruteraan, 53 dalam ICT, 11 dalam reka bentuk, dan 3 dalam sains komputer menerima ijazah sarjana muda masing-masing.

Senarai juga termasuk tiga graduan dalam kohort pertama Ijazah Sarjana Media dan Komunikasi, dua graduan memperoleh ijazah ganda dalam kejuruteraan dan sains komputer, masing-masing seorang memperoleh ijazah ganda dalam kejuruteraan dan ijazah ganda dalam undang-undang dan perniagaan.

Manakala 13 graduan dalam Pengurusan Perniagaan menerima sijil diploma mereka.

Sementara itu lima lagi graduan menerima skrol Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa), enam graduan Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan, tiga graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Penyelidikan), tiga graduan Ijazah Sarjana Muda Seni (TESOL) dan ,masing-masing seorang graduan Ijazah Sarjana Sains (Penyelidikan) serta graduan Ijazah Sarjana Perniagaan (Penyelidikan).

Majlis dalam pada itu, menyaksikan seramai sembilan graduan universiti tersebut menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam perniagaan, kejuruteraan, sains, kemanusiaan, seni dan sains sosial.

Graduan Swinburne hari ini dalam kalangan pelajar Malaysia dan luar negara termasuk Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Egypt, India, Indonesia, Kenya, Mauritius, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, United Arab Emirates dan United Kingdom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan