Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis bersiap sedia di pekarangan Kompleks Mahkamah Sibu bagi memastikan tiada perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Foto: TVS

Perbicaraan kes rusuhan di Kanowit ditangguh 21 November depan

SIBU, 17 Okt: Mahkamah Sibu menangguhkan perbicaraan kes rusuhan di Kanowit kepada 21 November depan.

Kesemua lapan tertuduh tidak hadir di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, polis dilihat bersiap sedia di kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Sibu bagi memastikan tiada perhimpunan yang menyalahi undang-undang berlaku.

Polis giat kesan suspek kes rusuhan di pekarangan Pejabat Daerah Kanowit

Keadaan di pekarangan mahkamah hari ini juga tenang tanpa sebarang provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Mengikut pertuduhan, lapan tertuduh akan hadir di mahkamah hari ini untuk pengurusan kes kes rusuhan di Machan, Kanowit baru-baru ini.

Lapan tertuduh Johnny Lau, Tie Sing Tai, Kevin Lau Pick King, Alvin Tang Chan Siew, Dave Wong Yang Dao, Jonwin Umpi, Willis Inggol Jonwin, dan Brandon Lee Kah Xin didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 daripada kod yang sama.

Polis giat kesan suspek kes rusuhan di pekarangan Pejabat Daerah Kanowit

Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan pada 7 Ogos 2023, kira-kira jam 4.30 petang di sebuah restoran di Machan, Kanowit.

Minggu lalu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata memberi amaran terhadap perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Sibu yang menyalahi undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan