Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Wayne Robson dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo, petang semalam. Fpto: Anwar Ibrahim (FB)

Blackberry nyata hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: BlackBerry, syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo, pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu hantaran di Facebook berkata Gianmatteo turut memaklumkan bahawa syarikat itu bercadang untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

“Saya nyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar.

Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan