Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak bekerjasama untuk membuka kawasan penanaman padi baharu seluas 25,000 hektar, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.Foto hiasan, Envato.

Sarawak miliki banyak kawasan berpotensi untuk tanaman padi -Awang Tengah

MIRI, 16 Okt: Sarawak mempunyai banyak kawasan yang berpotensi untuk penanaman padi, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, antara kawasan yang mempunyai potensi termasuk Sri Aman, Bekenu, Lambir, Limbang dan Lawas.

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

“(Sebenarnya) Limbang juga sudah dirancang sejak dahulu sebagai salah satu tempat penghasilan beras untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Operasi Penyelesaian Beraya Dan Kampung Bulau) dan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (Kampung Bulau Serta Kawasan Tambahan dan Kampung Nusah) di sini hari ini.

Sementara itu, ke arah menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi baharu negara, Awang Tengah berkata, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk infrastruktur kawasan penanaman padi selain meningkatkan penyelidikan dan pembangunan .

Sarawak bergelar negeri jelapang padi menjelang 2030 – Abang Johari

“Kerajaan Persekutuan diharap mempertimbangkan supaya memberikan peruntukan kepada kita untuk melaksanakan infrastruktur seperti jalan raya dan sistem pengairan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan seluas 4,839 hektar  di Sabah dan Sarawak akan dibangunkan untuk projek penanaman padi bagi menjamin sekuriti makanan.

Perbincangan telah diadakan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara.

Setakat ini kawasan seluas 2,158 hektar di Beluran dan Kota Belud di Sabah serta 2,680 hektar di Batang Lupar, Sarawak telah dikenal pasti untuk projek berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan