Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong Harimau Malaya mengibarkan bendera Palestin sebagai solidariti kepada Palestin sempena perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Foto Bernama.

Polis larang bawa bendera ‘negara tidak berkaitan’ ke Bukit Jalil esok

ByNadhir Azfar

KUCHING, 16 Okt: Bendera negara yang tidak berkaitan dengan perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 merupakan antara barang yang dilarang dibawa ke masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Zam Halim Jamaluddin berkata, selain itu polis turut akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan mercun, topi keledar, objek tajam, rokok dan pemetik api tidak dibawa masuk oleh penonton.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

“Dijangkakan seramai 45,000 penyokong akan hadir dan polis akan melakukan pemeriksaan badan sebagai langkah keselamatan. Semua pintu masuk akan dibuka pada 6 petang,” katanya menerusi kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

Skuad negara dibimbing Kim Pan Gon akan bertemu Tajikistan esok dalam perlawanan akhir.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

Malaysia mara ke final selepas menewaskan India 4-2 manakala Tajikistan menerima bye selepas lawan mereka, Palestine menarik diri berikutan situasi tegang di negara berkenaan akibat serangan Israel ketika ini.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

Sementara itu, Zam Halim turut menasihatkan penyokong tempatan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan