Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mayat bayi berkenaan dijumpai oleh pekerja pembersihan pada 7.10 pagi. Foto hiasan, Envato.

Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tangki pam tandas Hospital Tawau

ByBernama

TAWAU, 15 Okt: Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mayat bayi berkenaan dijumpai oleh pekerja pembersihan yang ketika itu membuat kerja-kerja pembersihan di dalam tandas awam wanita di wad kecemasan hospital itu pada 7.10 pagi.

Tukang gunting rambut direman susulan bayi ditemukan dalam bakul pakaian

“Saya mengesahkan pihak polis menerima satu laporan pada 8.09 pagi hari yang sama berhubung penemuan bayi lelaki meninggal dunia di dalam pam tandas hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata pihak polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kes ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan