Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto: Bernama

Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 – Ahmad Zahid

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Kerajaan menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G pada pertengahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan juga, akan memastikan tidak kurang daripada 85 peratus kawasan luar bandar, mendapat liputan 5G pada akhir 2024.

“Baki 15 peratus itu mungkin kawasan pergunungan dan sebagainya yang agak sukar. Kita tahu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri), beliau amat progresif dari segi tasawwur, wawasan beliau.

“Kita lakukan koordinasi ini kerana merasakan rakyat di luar bandar juga berhak. Kita tidak mahu apabila mahu mencapai internet, mereka panjat pokok untuk dapatkan liputan. Jadi, ini harus kita elakkan, walaupun sukar tetapi kita boleh,” katanya pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), telah mengenal pasti kawasan-kawasan Orang Asli untuk pemasangan peranti satelit Starlink, agar golongan tersebut juga tidak ketinggalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan